Monday, February 21, 2011

Mutiara Kata

  • We have to live with that, bounce back, be refreshed, rejuvenated and focused, and that’s what we will be.
  • Shoot for the moon even if you miss, you will land among the stars. - Les Brown
  • Life has no limitations, except the ones you make. - Les Brown
  • Goals help you channel your energy into action. - Les Brown
  • Get your ideas on paper and study them. Do not let them go to waste! - Les Brown
  • You don't have to be great to get started, but you have to get started to be great.- Les Brown
  • Fortune knocks once at every man's door.
  • I know I can!. A positive thinking is half the work.... 
  • A flower blooms more than once.
  • Home is where the heart is.
  • It's not your salary that makes you rich, it's your spending habits - Charles A. Jaffe 
  • To be wrong is nothing, unless you continue to remember it.
  • One enemy is too many, a hundred friends is too few.

Tuesday, February 8, 2011

Solat Dhuha - Hikmah dan Cara Pelaksanaannya

Bismillahirrahmanirrahim


Mukaddimah
Solat Dhuha membawa hikmah dan rahmat dari Allah S.W.T. dan merupakan ibadat yang disarankan oleh Rasullah. Dari Abu Hurairah, maksudnya :Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Cara Pelaksanaannya.

Bilangan rakaat 2 hingga 12 ( 2 rakaat, 1 salam)

Niat Sembahyang Dhuha:

Maksud:Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala



Rakaat pertama Al-Fatihah dan Al-Syams (atau mana-mana Surah)

Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Wal-dhuha (atau mana-mana Surah)

Nota: Solat Dhuha tidak terikat dengan mana-mana surah. Bacalah ikut kesesuaian.


Selepas Salam. Bacalah Doa yang disarankan:


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Selamat Beramal. Wallahua'lam