Bismillahirrahmanirrahim
Mukaddimah
Solat Dhuha membawa hikmah dan rahmat dari Allah S.W.T. dan merupakan ibadat yang disarankan oleh Rasullah. Dari Abu Hurairah, maksudnya :Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Cara Pelaksanaannya.
Bilangan rakaat 2 hingga 12 ( 2 rakaat, 1 salam)
Niat Sembahyang Dhuha:
Maksud:Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala |
Rakaat pertama Al-Fatihah dan Al-Syams (atau mana-mana Surah)
Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Wal-dhuha (atau mana-mana Surah)
Nota: Solat Dhuha tidak terikat dengan mana-mana surah. Bacalah ikut kesesuaian.
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Selamat Beramal. Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment