Kesukaran tidur di waktu malam seringkali dihadapi oleh golongan
bekerjaya. Masa yang paling sesuai untuk merehatkan minda dan tubuh
serta merenggangkan otot-otot kita yang saban hari bekerja adalah ketika
tidur.
Jika kita tidak dapat tidur yang cukup, permulaan hari kita akan menjadi celaru dan kelak menggundang lebih banyak masalah.
Tidur yang paling sesuai untuk orang dewasa adalah selama 7-8 jam sehari.
Ikuti beberapa tips berkesan untuk mendapatkan tidur yang lena setiap hari!
Pemilihan tilam dan bantal
Pastikan anda memilih tilam dan bantal yang sesuai dan selesa. Jika anda
ada duit lebih, apa salahnya laburkan untuk keselesaan di tempat tidur
anda. Terdapat beberapa jenama pengeluaran bantal dan tilam diperakui
keberkesanannya. Antaranya adalah Vono, Dreamland dan juga Kingkoil.
Ikut keselesaan anda, saiz dan juga ketebalan kabusnya perlu diambil
kira kerana ada sesetengah orang yang suka bantal lebih rendah dan
lembut, ada juga yang gemarkan bantal ataupun tilam yang lebih keras dan
tinggi untuk meletakkan kepala. Fahami kehendak sendiri sebelum anda
membeli.
Elakkan tidur di waktu petang
Badan pasti terasa lesu setelah seharian bekerja dan memerah otak.
Apabila sampai di rumah, elakkan daripada terus baring. Lebih elok jika
anda bersihkan diri dan makan malam dahulu. Kerana jika anda sudah tidur
di waktu petang kemungkinan besar, anda akan menghadapi kesukaran untuk
tidur pada malam kerana anda tidak berasa mengantuk apabila anda tidur
pada waktu petang.
Bersihkan diri
Sebelum tidur, pastikan keadaan diri anda sudahpun bersih dan segar
selepas mandi sebelum anda tidur. Diri anda akan berasa lebih selesa
untuk tidur dengan bauan kesegaran selepas mandi.
Jangan makan terlalu banyak 1 jam sebelum tidur
Waktu yang paling sesuai untuk makan malam adalah di sekitar jam 7
hingga ke 8 malam. Selepas dari masa yang dinyatakan, anda disarankan
tidak mengambil makanan berat seperti nasi, mee goreng dan makanan berat
yang lain kerana bukan sahaja tidak bagus untuk sistem pembakaran
lemak, malahan badan anda akan terasa lesu keesokan paginya.
Minum segelas susu segar
Di dalam susu segar mengandungi satu bahan yang dipanggil tryptophan
dimana berfungsi sebagai alat pembina protein yang akan menghasilkan
hormon kegembiraan di dalam badan. Selepas meminum susu., badan anda
akan berasa ringan dan lebih gembira untuk melelapkan mata. Jika kita
dapat lihat, bayi kecil akan meminum susu mereka sebelum tidur dengan
mudah.
Kosongkan fikiran
Masalah ini serinkali terjadi kepada mereka yang tertekan dengan kerja
seharian. Untuk mengelakkan tidur anda terganggu, cuba tips ini, fikir
perkara yang lebih seronok dari memikirkan masalah kerja dan sebagainya
yang hanya akan menyukarkan tidur anda. Kosongkan fikiran, dalam 10 atau
15 minit selepas itu, anda pasti akan terlelap.
Sumber: http://my.entertainment.yahoo.com/news/tidur-lena-diwaktu-malam-093018915.html
No comments:
Post a Comment